Search
  • Lamani Paint

3 JENIS WAINSCOTING YANG PERLU ANDA TAHU



Sekarang dah menjadi ‘trend’ orang memasang wainscoting sebagai salah satu hiasan deco di rumah masing-masing kan? Kami di Ezyfloor Kb juga menyediakan service memasang wainscoting disebabkan ada permintaan daripada pelanggan. Ok, sebelum tu jom kita kenal dulu apa itu wainscoting.


Wainscoting adalah susunan bingkai yang di pasang pada dinding, dan ia juga salah satu kemasan hiasan yang pasti mencantikkan lagi rumah anda. Ia sebenanrnya sudah muncul pada abad sebelum ini terutamanya di Eropah. Tetapi, dengan kemajuan teknologi sekarang wainscoting mendapat perhatian semula, dengan design yang kelihatan mewah dan moden. Juga, dengan adanya teknologi wainscoting pasti memberi nafas dan makna yang baru kepada dinding yang hambar dan kosong. Selain daripada melindungi permukaan dinding daripada kotoran mahupun kulat, wainscoting telah menjadi seakan simbol status dan unsur prestij.


Mari kita lihat 3 jenis wainscoting yang jadi pilihan :


1) Flat Panel


Untuk kediaman yang moden dengan gaya kontemporari, disarankan untuk menggunakan bingkai dinding rata atau flat panel wainscoat. Ia menawarkan reka bentuk yang lebih clean & sleek, mudah untuk diselenggara selain mudah disuai padan mengikut perubahan konsep kediaman.



2) Beaded Panelling


Bagi kediaman ala-ala kotej atau kabin yang comel dan nyaman, anda boleh gunakan bead board. Dengan ciri yang simple dan santai, pasti memberi suasana lebih lapang dan fresh!


3) Raised Panelling


Jenis panel paling mahal antara tiga panel ini sesuai untuk rumah dengan gaya kolonial dan lebih tradisional. Ia akan kelihatan hebat di ruang makan atau pustaka sebuah kediaman yang ingin tampak mewah dan elegan.






14 views0 comments