Search
  • Lamani Paint

CARA MENENTUKAN FEATURE WALL

Updated: Apr 2

Feature wall atau mesra dipanggil sebagai dinding tumpu ini merupakan satu dinding yang berbeza dengan dinding-dinding yang lain. Feature wall dikenali juga sebagai titik fokal dalam sesebuah ruang atau bilik kita. Selain warna cat (warna gelap) untuk feature wall, kita boleh bezakannya dengan memasang wallpaper atau lukisan mural yang memenuhi dinding tersebut. Ada juga kediaman yang memasang batu berlapis-lapis atau jubin dinding. Tempuk dada, tengok bajet.


1. DINDING PERTAMA YANG KITA NAMPAK

  • Apabila kita memasuki rumah, dinding pertama yang kita nampak itu feature wall. Setiap ruang mempunyai empat dinding, satu dinding dijadikan feature wall dan tiga dinding yang lain dijadikan dinding biasa. Tiada masalah kalau dinding itu paling panjang.



2. DINDING YANG TIDAK BERTINGKAP

  • Dinding yang mempunyai bukaan seperti tingkap atau pintu tidak sesuai dijadikan feature wall. Ini perlu dielakkan terutama sekali jikalau kita memasang feature wall ini dengan kertas dinding dekorasi. Bukan sahaja kita rugi membelinya, malah corak yang terdapat pada wallpaper tidak kelihatan kerana tingkap dan pintu sudah menganggu dan mengambil keseluruhan ruang dinding.


3.DINDING BELAKANG PERABOT

  • Kebiasaannya feature wall hanya terdapat di dua tempat sahaja iaitu di ruang tamu dan di bilik tidur.

  • Ruang Tamu = Dinding yang berada di belakang TV atau dinding yang berada di belakang sofa. Selalunya susun atur ruang tamu, kita akan meletak sofa paling panjang (sofa tiga tempat duduk) disandarkan pada dinding. Dinding yang terdapat sofa tiga tempat duduk itu dijadikan feature wall.

  • Bilik Tidur = Kepala katil.


2 views0 comments

Recent Posts

See All
© by MSS Design and Build Sdn Bhd