Search
  • Lamani Paint

CARA MENGECAT SYILING RUMAH YANG ANDA HARUS TAHU!

1.ALAS PERABUT DAN LANTAI ANDA

  • Alas dan keluarkan perabut dari kawasan yang nak di cat lebih dulu. Ini supaya perabut anda bebas dari kesan tompokan cat. Anda pun lebih bebas untuk bergerak dan mengecat. Bila selesai mengalas semua perabut, alas pula lantai dengan plastik atau kain terpakai. Kalau kain terpakai tak cukup besar, tutup aje dulu di kawasan yang anda sedang bekerja.


2.PASANG TAPE

  • Tujuan lekatkan tape supaya pemisahan siling dan dinding nampak serata dan lurus. Ia juga menghalang cat dari terkena dinding. Pasang tape ini di sekeliling tepi dinding yang bertemu dengan siling. Kalau siling rumah anda jenis plaster dan ada bingkai, lekatkan tape pada bingkainya juga. Pastikan tape bebas dari kesan minyak atau gelembung. Cuba lekat dan tampal selurus yang boleh.


3.CAT BUCU DAN TEPI

  • Ini adalah langkah mengecat tepi atas dan bucu antara dinding dan siling. Roller tak dapat sampai ke bahagian ini. Anda kena pakai berus cat. Bila selesai pasang tape, anda dah boleh mula cat bahagian ini. Berhati-hati panjat tangga. Pakai berus cat saiz 2 inci besar. Cat di keseluruhan tepi.



4.MENGECAT PERMUKAAN SYILING

  • Tuang cat ke dalam bekas roller. Pasang kayu panjang pada roller anda. Celupkan roller anda ke dalam bekas cat secara perlahan. Pastikan semua bahagian roller span anda dilitupi cat. Hati-hati supaya cat tidak meleleh. Bila cat siling pakai roller, cat secara zigzag. Lakukan secara berulang dalam kawasan 3-4 kaki persegi. Kemudian bilas semula dengan cat secara lurus. Ini adalah supaya cat nampak selari dan tidak meninggalkan kesan garis.

  • Teruskan mengecat sehingga semua permukaan siling dicat keseluruhan. Jika anda terus mengecat dalam keadaan cat yang masih basah, kesan dari sapuan cat tidak nampak ketara. Bila cat di siling dah mula kering, sapu lapisan kedua cat.


5.PEMBERSIHAN

  • Anda dah selesai mengecat. Bila cat dah kering, perlahan-lahan tanggalkan tape pada dinding dan siling. Basuh berus, roller dan bekas cat. Cat air boleh basuh guna sabun dan air biasa.


2 views0 comments

Recent Posts

See All
© by MSS Design and Build Sdn Bhd