Search
  • Lamani Paint

5 TIPS MEMBUAT FEATURE WALL LEBIH MENARIK

Updated: Jun 11


1. ELAKKAN DINDING BERTINGKAP ATAU PINTU


Elakkan dinding bertingkap atau pintu ketika memilih Feature Wall anda. Ia sepatutnya menjadi titik fokus ruangan kediaman anda. Bukaan seperti tingkap mahupun sebarang objek hanya akan mengalihkan tumpuan pada dinding utama.




2. PADANAN WARNA GELAP DAN WARNA LEBIH NEUTRAL


Padankan warna gelap dengan warna yang lebih neutral pada dinding kerana ia dapat memberi kesan yang lebih kontras pada sesuatu ruangan. Sebagai contoh, sebaik sahaja para tetamu melangkah masuk ke ruang tamu, mereka akan melihat pada Feature Wall ataupun dinding pertama.



3. POSISI PERABUT SEBELUM PEMILIHAN WARNA CAT


Posisi perabot perlu dipastikan sebelum memilih warna cat pada dinding utama kita bagi mewujudkan padanan yang ideal antara dinding utama dan perabot. Warna yang dipilih juga haruslah menonjol bagi mengelakkan hiasan ruangan anda tidak tenggelam.



4. SUSUNAN PERABOT DAN TEKNIK PENCAHAYAAN


Susunan perabot pada Feature Wall harus dititik berat oleh penghuni. Ini membantu menonjolkan Feature Wall yang dipilih. Tidak lupa juga untuk fokus pada teknik pencahayaan untuk kesan yang dramatik.



5. PENGGUNAAN WALLPAPER ATAU RAK BUKU CUSTOM


Gunakan wallpaper atau bina rak buku custom. Ini dapat menambahkan lagi nilai estetik pada Feature Wall anda. Ini adalah antara cara lain selain mengecat dinding utama anda.




Beberapa Idea Features Wall yang boleh diguna pakai sebagai rujukan untuk rekaan akan datang.


#TipsTukangCatRumah #HomeDeco

27 views0 comments