Search
  • Lamani Paint

RENOVATE RUMAH DENGAN BUDGET MURAH

Updated: Feb 17


1) CAT MEMPENGARUHI PENCAHAYAAN


Mengecat sangat mempengaruhi aspek pencahayaan dan jika renovasi dibuat, sudah semestinya kita akan memilih cat yg baru. Sekiranya kita mempunyai budget yg rendah, pilihan untuk memilih palet warna yang berlainan mungkin agak sukar. Sekiranya kita mempunyai budget yg rendah, seeloknya pilih palet hitam dan putih sbb ia dapat memberi penampilan rumah yg moden dan paling penting sekali, tidak akan salah dengan warna putih atau hitam.




2) BILIK KECIK TAK SEMESTINYA KECIK!


Sekiranya kita nak ubahsuai untuk menjadikan rumah yg kecil kelihatan lebih besar tapi dgn cara yang menarik dan murah adalah dengan menggunakan cermin. Fyi teknik ini pernah digunakan oleh salah seorang arkitek paling terkenal iaitu Sir John Soane, yang menggunakan cermin di ruang makan di rumahnya di London.




3) PINTU MEMBERI TANGGAPAN PERTAMA


Benda pertama yg kita lihat bila masuk ke dalam rumah adalah pintu. Jika kita tak dapat nak tukar pintu sepenuhnya tapi pintu yang ada dalam keadaan baik. Kita hanya perlu mengecat semula pintu sahaja. Pintu kita juga boleh mempengaruhi pencahayaan ruang rumah. Semasa mengubah suai, jika kita mengecat semula pintu, cuba gunakan warna yang berbeza mengikut kepekatan cahaya di rumah kita untuk bagi pencahayaan rumah kita seperti yang dimahukan





4) DAPUR DAN PENYIMPANAN


Jika kita menghias / mengubahsuai rumah, sudah pasti kita akan cuba utk mengurangkan brg simpanan. Kita boleh gunakan dapur secara kapasiti maksimum. Ini dapat membantu mengurangkan masalah penyimpanan kita. Dengan budget yg rendah, kita boleh membuat kabinet dapur secara DIY dari bahan kitar semula di rumah, atau beli brg di kedai brg terpakai. Jika kita sudah ada kabinet yang cukup untuk penyimpanan, kita tak perlu beli baru malah kita boleh mengecatnya semula agar dapur kelihatan seperti yang baru.




Cadangan video yang boleh digunapakai untuk ubahsuai rumah dengan mudah berpandukan bajet rendah yang berbaloi!

#TipsTCR #TipsReno #HomeDeco

3 views0 comments
© by MSS Design and Build Sdn Bhd