Search
  • Lamani Paint

TIPS MEMILIH WALLPAPER YANG SESUAI UNTUK KEDIAMAN

Updated: Mar 11

1) WARNA

  • Keadaan bilik kita boleh nampak kecil ataupun besar dipengaruhi oleh pemilihan warna wallpaper kita. Siapa kat sini nak rumah dia nampak luas dan tinggi? Angkat tangan! Okay, kalau nak. Kena lah pilih corak wallpaper yang latar belakangnya warna lembut seperti krim, putih, ungu lembut, biru muda, kelabu lembut. Pendek cerita, warna-warna yang sejuk, pastel. Warna-warna ni selain daripada boleh buat rumah kita nampak luas, ia juga boleh buat kita rasa tenang dan santai tau.


Warna yang menarik dan bersesuai membuatkan ruang kelihatan hidup


2) PENCAHAYAAN

  • Powernya wallpaper ni ia boleh bentuk pencahayaan dalam ruangan rumah kita tau. Lagi-lagi kalau ruangan tu tiada tingkap dan hanya bergantung pada cahaya lampu je. Seperti gua yang gelap dan menakutkan. Takut kan? Gelap semacam mood pun kelaut. Jadi nak pilih wallpaper yang macam mana sya? Haa, pilih wallpaper yang bercorak cerah dan ada warna metalik, colourful pun boleh juga. Selain itu, boleh juga pilih corak wallpaper yang halus. Kalau bilik yang kecil, WAJIB elakkan guna wallpaper yang gelap dan ada tekstur. Ingat tu, nak ruang nampak luas kan?



Faktor pencahayaan penting dalam pemilihan wallpaper dinding


3) PILIH GAYA YANG SESUAI

  • Untuk setiap ruangan ni ada gaya tertentu yang kita kena aplikasikan. Terserah pada diri juga, kalau nak jadi lain dari yang lain tak perlu ikut tips ni. Hahaha. Okay, untuk ruang formal seperti ruang makan dan ruang tamu sebaiknya guna corak yang berskala besar dengan warna dramatik. Untuk ruang terbuka yang kebiasaannya kita jadikan tempat bersantai pula, sebaiknya guna corak yang bermotif kecil.



Motif corak pada dinding juga memberi kesan pada mood dan keadaan ruang tersebut



4)SERLAHKAN RUANG

  • Untuk menyerlahkan lagi ruang rumah kita, untuk nampak lebih tinggi gunakan wallpaper bercorak belang dan menegak. Corak melintang akan menjadikan bilik lebih lebar. Corak kecil pula akan menjadikan ruang nampak lebih luas manakala corak besar boleh memberi impak lebih privasi



Ruang akan lebih terserlah dengan padanan wallpaper yang bersesuai


5)SUAI PADAN DENGAN BIJAK

  • Bilik dengan terlalu banyak corak boleh nampak serabut dan sesak. Cuma kena bijak bermain dengan corak wallpaper tu. Kena pandai carikan jodoh antara dua corak tu. Kalau tiada keserasian bercerai berai tak harmoni rasa ruangan rumah tu. Gituh! Jadi penyelesaiannya, kena cari satu benda yang sama antara dua corak yang berbeza. Contohnya, kalau nak pilih wallpaper yang corak bunga atau petak, guna corak dengan warna yang sama. Contohnya bunga tu ada elemen biru muda, bahagian petak tu pun mestilah ada warna biru muda juga. Dapat? Bila serasi, rasa harmoni. Cari keserasian okay?

Padanan ruang, warna dan motif corak pada wallpaper

14 views0 comments