Search
  • Lamani Paint

TIPS PADANAN WARNA CAT RUMAH

Updated: Apr 2

1. FEATURE WALL COLOUR (BAHAGIAN DINDING PALING BESAR)

  • Feature wall adalah bahagian dinding yang paling besar di luar rumah kita. Boleh pilih satu warna yang betul-betul menaikkan warna rumah kita. Warna tersebut adalah warna pertama yang orang akan lihat pada rumah kita. Kalau cat putih, memang putih adalah warna feature wall kita


2. SECONDARY COLOUR

  • Secondary colour adalah warna yang boleh menaikkan bahagian-bahagian kecil di rumah kita seperti coping (bahagian yang timbul / pemisah di antara dinding dan bumbung / dinding timbul di antara dinding dan tingkap). Contohnya sekiranya warna feature wall kita warna kelabu gelap, mungkin boleh menggunakan kelabu yang lebih cair. Tujuannya adalah untuk menaikkan lagi seri pintu dan bahagian-bahagian kecil di rumah kita.


3. TRIM

  • Trim adalah bahagian seperti frame pintu, tingkap, railing dan sebagainya. Untuk bahagian trim, warnakan dengan warna yang sangat berlawanan dengan warna feature wall. Sekiranya feature wall anda berwarna gelap, warna trim guna warna cerah dan begitu juga sebaliknya.


42 views0 comments